Khamis, 4 Oktober 2007

CARI MALAM AL QADAR



PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 29 ramadhan .

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Isnin, 24 September 2007



CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat
untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti
jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau
menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah
bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi,
Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

Rabu, 19 September 2007

WASIAT


WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A. :

Wahai Ali,

Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1)Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2)Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3)Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali,

Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1)Jujur dalam berkata-kata
2)Menjauhi segala yang haram
3)Merendahkan diri

Wahai Ali,

Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1)Takut berlaku dusta dan keji
2)Menjauhi kejahatan
3)Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali,

Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1)Merahsiakan ibadahnya
2)Merahsiakan sedekahnya
3)Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali,

Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1)Mengawasi dirinya
2)Menghisab dirinya
3)Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Selasa, 18 September 2007

TAKZIAH BUAT NAT & KELUARGA



Salam semua....Takziah buat kakak angkat oshin...

Ayahanda kak Nat meninggal dunia pagi tadi pukul 12.50pagi di hospital...kawan2 yang mengenali Nat atau sesiapa yang terlalu di umah oshin...sedekahkan Al-Fatiha dengan ikhlas sempena Ramadhan yang mulia ini...Semoga Roh arwah ayah Nat ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh...

Buat Kak Nat.....bersabarlah... semua yang Allah swt turunkan kepada kita ada hikmah yang kita sendiri tidak tahu....tetapi yang pasti apa saja yang datang dari Allah swt adalah yang terbaik untuk kita....suatu hari nanti kita juga akan ke sana....

Al fatihah.......

Ahad, 16 September 2007

AMALAN2 KITA DIBULAN RAMADHAN



PERJALANAN HIDUP KITA IBARAT SATU JALAN YANG TIADA HENTI TETAPI MENGIKUT PERATURAN YANG TELAH DITENTUKAN..........UNTUK MENUJU KE SATU DESTINASI YANG MMG PASTI

Sabtu, 15 September 2007

MALAM PERTAMA...........


HIDUP INI BUKANLAH SATU JANGKA MASA YANG PANJANG....MARILAH KITA SALING MENGINGATI...........BUKAN BERTUJUAN MENAKUTKAN.....

Malam pertama ……….

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?


Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?”

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Jumaat, 14 September 2007

PETUA MENJAGA KESIHATAN PADA ZAMAN RASULULLAH


Seorang tabib dihantar oleh penguasa Mesir ke Medinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorangpun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan perkhidmatan apa-apa kepada penduduk Medinah.

Tabib itu berjumpa Nabi Muhammad saw untuk mendapatkan kepastian. Dia bertanya Nabi, "Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?" Nabi menjawab "Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib." Tabib bertanya lagi, "Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya?" Nabi menjelaskan "Sebab penduduk Medinah tidak ada yang sakit." Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, "Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit." Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.

Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Medinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorangpun. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.

Didorong oleh perasaan ingintahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, "Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Medinah sihat-sihat belaka?" Nabi menerangkan, "Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang. Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu."

MORAL & IKTIBAR
  • Petua untuk sihat: Makan ketika lapar. Berhenti sebelum kenyang
  • Agama Islam suatu agama yang syumul; ia mencakupi bidang jasmani dan rohani
  • Semua kata-kata Nabi adalah BENAR belaka; tidak boleh mempertikannya.
  • Berpegang kepada ajaran Nabi membawa keselamatan bukan saja di akhirat malahan di dunia juga.
  • Bertawakkal kepada Allah menjauhkan diri dari menyerahkan nasib kepada selain Allah
  • Menyendatkan perut dengan pelbagai makanan yang banyak menyebabkan kesihatan terganggu dan mengurangkan kecerdasan otak dan jiwa.
  • Sebaliknya mengosongkan perut dengan amalan puasa boleh melahirkan ketajaman otak dan kejernihan jiwa.
  • Para Nabi dan orang-orang soleh memilih lapar di dunia supaya kenyang di akhirat.

Khamis, 13 September 2007

7 AMALAN HARIAN

Untuk renungan semua.

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang alam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa

Rabu, 12 September 2007

MARI BERAMAL

R AHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....


AMINnnnn.



Tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan
dakwah ini kerana Allah.
Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar...


Ahad, 9 September 2007

FADHILAT BULAN RAMADHAN

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Jumaat, 7 September 2007

BUAT TATAPAN DAN PENGAJARAN

KISAH INI UNTUK PENGAJARAN...SEDIH SGT BILA OSHIN BACA...HARAP KENGKAWAN PUN BACA DAN JADI KAN TAULADAN YE.....

SEMOGA KITA BUKAN DIKALANGAN ORG YG BERJIWA HAIWAN.....

Thanks mouri...oshin sedih baca cite ni....

BACALAH & HAYATI

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya
comel

tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama

semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya

berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak

atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu.
Akhirnya

terpaksa saya membesarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak

perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi

Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman
hiburan

dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah...

Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa
helai

pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang
dengan

alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4
tahun

ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang
semakin

bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya

menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya

bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu

saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu.

Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami

menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti

pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi
lebih

sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami
menyekolahkan

dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan
tiada

memori yang mengaitkan saya kepadanya.

Hinggalah le satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang
anak.

Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya.

Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya
rindu

sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya

menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai
anak

yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai

perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba

terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang

ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa

jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.
Ya,

saya patut mati..., mati..., mati...

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke
pergelangan

tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya

Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!...

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping

sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap
wajah

saya dan bertanya,

"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang

saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan
terisak-isak...

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu

baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari

kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat

pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.

Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya

tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan
sedih

saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang
diperbuat

daripada buluh itu... Gelap sekali..... Tidak terlihat sesuatu apapun di

dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan

kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada

sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil
seraya

mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya
mengenali

potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri

setiap hari...

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah,

sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras.

Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai
menaiki

kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang

berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu
gelap

sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata
ia

seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia
menegur

saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal
dengan

seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!!
Tahukah

kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus

menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama....., mama!' Kerana tidak tahan
melihat

keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal

bersama saya.

Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah,
namun

saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu

Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari

selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak
pernah

kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang
pergi

saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."

Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana
dia

sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan

meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya
yang

terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang,

Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini.
tubuhnya

sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di

belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila

mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam

sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok

ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia

terus berkeras menunggu kamu di sana... Dosa kamu tidak akan terampun!"
Saya

kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.

Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang
akan

berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah.

Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar.
Kerana

DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

moral - sayangi orang di sekitar anda. kita tidak tahu siapa yang benar

benar menyayangi kita...

Rabu, 5 September 2007

JURU SOLEK VS JURU ANDAM


Assalamualaikum semua...lama oshin tak update umah oshin.....salam merdeka...

Ini ader Tips bagi Bakal Pengantin yang nak memilih Juru Solek & Juru Andam

Jurusolek

Mereka yang mendalami bidang persolekan adalah mereka yang pakar dalam selok-belok menyolek seseorang mengikut kesesuaian wajah, personaliti dan warna serta konsep pakaian yang dikenakan oleh orang yang disolek tersebut.

Biasanya para jurusolek tidak mempunyai koleksi pakaian baik pakaian komersial mahupun pengantin. Tetapi mereka mempunyai peralatan solek yang lengkap dan pelbagai. Kebanyakan jurusolek hanya berkebolehan dalam menyolek tetapi tidak dalam mendandan rambut.

Pun begitu masih ada kebaikan apabila anda memilih jurusolek, ini kerana kaedah menyolek yang digunakan adalah mengikut peredaran semasa (up to date). Jurusolek profesional akan menyolek seseorang itu mengikut arus solekan semasa dan anda pasti akan berpuas hati dan gembira dengan perubahan wajah anda apabila menggunakan khidmat kepakaran mereka.


Juruandam

Manakala juruandam pula adalah mereka yang berkebolehan dalam menyolek, mendandan rambut dan mempunyai koleksi pelbagai gaya pakaian pengantin. Juruandam adalah pilihan yang sesuai bagi bakal pengantin yang berminat untuk menggayakan pakaian pengantin tradisional.

Juruandam berupaya menyediakan segala persediaan perkahwinan secara menyeluruh. Hal ini termasuklah menyedia dan menghias pelamin, bilik pengantin, malah amalan tradisional dalam mengandam pengantin seperti khidmat perawatan muka, badan dan sebagainya beberapa hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Juruandam juga boleh diibaratkan sebagai wakil kepada ibu kerana mereka berperanan dalam meredakan darah gemuruh si pengantin, sepanjang berlangsungnya majlis persandingan. Biasanya, kebanyakan juruandam tahu akan selok-belok dalam adat-adat perkahwinan pelbagai kaum.

Kebanyakan juruandam adalah dari golongan ‘orang lama’, dengan itu mereka masih mengekalkan solekan ala 60-an. Ha… jangan ingat solekan ala 60-an tu tak cantik, jika kena dengan pakaian yang dipakai, tentunya anda akan tampak cantik. Tapi ingat, bukan semua juruandam begitu. Dewasa ini profesion juruandam tidak terikat kepada kaum Hawa sahaja, kerana kini ramai juruandam dari golongan muda dan tidak lupa kepada kaum Adam, maka solekan mereka tentu sahaja berbeza.

Erm… jika begitu, siapa yang akan anda pilih untuk menaikkan seri pengantin pada hari persandingan anda? Pilihan bijak anda akan memberikan keselesaan dan kenangan manis buat anda sebagai raja sehari. Selamat pengantin baru.

Jumaat, 17 Ogos 2007

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.

Januari 01-09 ~ Anjing

Januari 10-24 ~ Tikus

Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing

Februari 06-14 ~ Merpati

Februari 15-21 ~ Kura-kura

Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet

Mac 13-15 ~ Singa

Mac 16-23 ~ Tikus

Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing

April 04-14 ~ Harimau Bintang

April 15-26 ~ Tikus

April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet

Mei 14-21 ~ Merpati

Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus

Jun 04-14 ~ Kura-kura

Jun 15-20 ~ Anjing

Jun 21-24 ~ Monyet

Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus

Julai 10-15 ~ Anjing

Julai 16-26 ~ Merpati

Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet

Ogos 16-25 ~ Tikus

Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati

September 15-27 ~ Kucing

September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet

Oktober 16-27 ~ Kura-kura

Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa

November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing

Disember 17-25 ~ Monyet

Disember 26-31 ~ Merpati



Anjing:

Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:

Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:

Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:

Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:

Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Selasa, 14 Ogos 2007

KERETA KAWAN OSHIN HILANG....PAGI TADI

Kepada kengkawan kat blog ni sesiapa yang terjumpa dengan kereta

Jenis : SATRIA GTi
warna : Silver
Plat No: WJA 2778

Kalau jumpa sila hubungi balai polis berdekatan sebab kereta ni kena curi pagi tadi dekat kampung Pandan.

kesian kat kawan oshin tu....tolong ye kengkawan

Sekian, terima kasih

Isnin, 13 Ogos 2007

'CaNdU' kEsAyAnGaN nAfIsZ..HiLaNg KE???SIan...PaDan MuKa dIa...hehe


Pada hari Rabu bersamaan 8/08/2007 yang hening....ewahhhh mcm nak cite hantu lak....sebenarnya oShIn nak kongsi le pengalaman tentang bahana 'candu' atau 'puting kopek' ni kat bebudak..klu boleh jgn le di bagi...haru dibuatnya...

Hari tu anak buah oShiN hilangkan puting kopeknya kat taska...menjajau dia paksa ibunya cari sama-sama puting kopek kesayangannya.......walaupun tak pandai ckp sgt tp temanG tahu...dia mmg paksa kita org semua cari 'puting Kopek tu sampai jumpa....

Kesudahnya mmg tak jumpa le...dalam perjalanan balik dari taska ke rumah...muka dia mcm ayam berak kapur dibuatnya...nak nangis kena bantai dgn ibunya...dia dok termenung memikirkan 'candunya' yang hilang tu...alah mcm Mat Pit tu????tak dapat barang camtulah...

Yang oshin nak tergelak tu..sampai kat umah dia terus lari cari 'candunya' tu..kat bawah kerusi, atas kushen...semualah tempat yg selalu dia main....tp yg tak tahan lagi sampai2 je buka bonet basikal mainan dia...merata cari...mmg tak jumpa...kitaorng mmg nak dera dia...tak nak bagi lagi 'canduNya' tu...

Tp last2, kitaorng bagi jgk sbb tak sampai hati...ialah sepanjang hari dia temenung memikirkan 'candunya' yang hilang...bagi dia tu lah masalah paling besar bila Hilangnya 'candu' kesayangan Nafisz itu. Penah sekali., kat shopping compleks lalu kat bahagian kanak2 tu adelah byk ;candunya tu, dengan automatik dia buka 'candu' yang ader kat mulut letak kat bawah tp yang baru dia paksa lah kita orang buka...
nafisz...nafisz...anak buah kesayanganku......

Rabu, 8 Ogos 2007

BULAN HIJRAH DAN PERISTIWA YANG BERKAITAN...

Assalammualaikum semua...sekarang ni kita dah nak mengharungi hujung penghujung bulan rejab...begitu pantas masa berlalu...Oshin nak bersama-sama berkongsi untuk mengingati sambil menghayati peristiwa2 istemewa yang berkaitan dengan kalender bulan Islam...mari kita sama2 renung dan menghayatiNya....

1. MUHARRAM

  • 1 Muharram-Awal Hijrah


  • 10 Muharram- Hari Asyura


  • Hari pemergian Saidina Hussen bin Ali Cucu Rasullullah s.a.w

2. RABI'UL AWAL

  • 1 Rabi'ul Awwal- Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul


  • 2,3&4 Rabi'ul Awwal- Rasullullah bersembuyi di Gua Hira


  • 12 Rabi'ul Awwal- Hari Keputeraan baginda Rasullullah


  • 12 Rabi'ul Awwal- Hari Kewafatan Rasulullah

3. RABI'UL AKHIR



  • Berlakunya perang Jamal, perang saudara pertama dalam Islam

4. JAMADIL AWAL



  • 8 Jamadil Awwal-Hari kelahiran Saidina Ali bin Abi Talib

5. JAMADIL AKHIR



  • 8 JamadilAkhir- Saidina Umardilantik menjadi Khalifah II


  • 20 Jamadil Akhir- Tarikh kelahiran Siti Fatimah


  • 28 Jamadil Akhir- Wafatnya saidina Abu Bakar

6.R EJAB



  • 26-27- Israk Mikraj

7. SYA'BAN



  • 14 Sya'ban- Malam Nisfu sya'ban


  • 15 Sya'ban- pertukaran kiblat dari masjid al Aqsa ke Kaabah Masjid Al-Haram Mekah

8. RAMADHAN



  • 5 Ramadhan tahun 2- perang Badar


  • 10 Ramadhan tahun ke-10- Pembukaan Mekah


  • 17 Ramadhan- Ayat Al-Quran pertama diturunkan di Gua Hira'


  • 17 Ramadhan tahun ke-40- Pembunuhan Saidina Ali di Kufah

9. SYAWAL



  • 1 Syawal- Hari Raya Aidilfiteri


  • 5 Syawal tahun ke-5-Perang Uhud

10. ZULKAEDAH



  • Berlakunya Haji Wida' Rasulullah bersama 100,000 orang rombongan

11. ZULHIJJAH



  • 8 Zulhijjah- Hari Wida' Nabi yang terakhir


  • Akhir Zulhijjah 23H- Saidina Umar Al-Khattab mati dibunuh


  • 18 Zulhijjah 23H- Saidina Osman mati dibunuh


  • 27 Zulhijjah- Jatuhnya kerajaan Bani Ummaiyyah











VOCABULARY TODAY...HINDI

mmm...nafisz tgh makan KFC...tp nak posing dulu boleh tak....ahaks....mmm...ok selamat belajar

  1. Namaste--------------> good morning



  2. kaise/kaisi/kaisa------> how



  3. aaj--------------------> today



  4. aap--------------------> you (respecful)



  5. hain-------------------> are



  6. acchi tarah------------> well



  7. shukriya--------------> thanks



  8. aur-------------------> and



  9. mere-----------------> my

  • To be continue.........

Jangan lupa praktikan ye..terutama yang nak ngorat mamat Bangla ke....hehe...Nanti kita belajar Bahasa lain pulak ke...selamat mencuba.....

Sabtu, 4 Ogos 2007

AHLI KELUARGA OSHIN....



Inilah ibu nafisz...kakak oshin baru lepasa kawin...hehe...ala2 glemour gitu.....rambut teknik rebonding...yelahkan...oshin rambut ala2 penyapu roman....alleycats...sampaikan lah salam citaku padanya....NYANYI LAH PULAK...
Inilah parents nafisz masa baru nikah....tarikh keramat tu 26 Disember 2004...masa tsunami....mmm..tp alhamdulillah...semuanya selamat....tp dalam blog ni mak Oshin takder gambau le...sbb dia tak suka bergambau...klu ader oshin letakle...k

LIKE FATHER LIKE SON......
















Perhatikan betul2 cara diarang tido......mmmm...samakan?????kemana tak tumpahnya kuah kalau tak kebawah...hehe.....sweet dream......itulah abah nafisz....


Jumaat, 3 Ogos 2007

MARI KITA BELAJAR BAHASA....HINDI

Helo semua...hari ni ini oshin nak ajar korang bahasa hindi...yelah selalu dok tgk hindustan tapi tak paham pun tak susah gak kan kalau takde malay sub title...oshin nak ajar yang basic dulu ye

Hindi : Namaste
Inggeris: Good Morning

Hindi : Aaj aap kaise hain?
Inggeris : How are you today?

Hindi: : khoob acchi tarah, shukriya,Aur aap?
Inggeris : quit well, thank you, and you??

Hindi: Main aachi hoo
Inggeris : Im feeling well
To be continue.........
Nanti oshin wat belajar bahasa secara bersiri ok....insyaallah klu berkesempatan tau...selamat belajar......tata

Khamis, 2 Ogos 2007

8 LANGKAH LEGAKAN MARAH

  1. Perbanyakan zikir
  2. perbanyakan solat
  3. Berwuduk
  4. Memohon keampunan
  5. Membaca Al-Quran
  6. berfikir secara positif
  7. Jangan buang masa memikirkan kebimbangan dan tekanan
  8. Ingat hari pembalasan

INSIDEN KEMARAHAN YANG MENYEBABKAN AKIBAT BURUK TERMASUK MAUT.......

FEBUARI 2003
-seorang lelaki tidak dapat mengawal kemarahan kerana isterinya tiada dirumah lalu memukul isterinya dengan dasyat sekali.(ini yang wat temaG seriau tak tentu hale ni..)

JANUARI 2004
-Abg sulung mangsa rogol, liwat dan bunuh, Nurul Huda Abdul Ghani hampir membunuh org yang difikirkan bertanggungjawab membunuh adiknya itu tetapi berjaya ditenangkan oleh keluarganya. (Kalau temaG pun geram,mau temanG sekeh2 deme..)

SEPTEMBER 2004
-Marah, cemburu dan tidak dapat menerima hakikat teman wanita mempunyai kekasih lain menyebabkan pelajar berusia 16tahun ditikam teman lelakinya.(ape ke bangang nau...bunga bukan sekuntum..nak bertikam2 tu ape ke heiNya)

MAC 2005
-seorang lelaki berusia 80tahun didakwa mencekek isterinya hingga mati kerana terlalu marah selepas isterinya 73tahun masak terlau byk untuk makan malam.(hai..udah bininya masak..makan aje le...byknya lah songeh..itulah dia tak bersyukur)

SEMUA ORANG ADA SUIS MARAH DALAM BADAN???BETUL KE????JOM

1. KATA-KATA KESAT KETIKA MARAH
-mereka boleh bertindak menyerang sasaran atau merosakan harat benda sendiri dan
anak-anak sasaranya. mereka mempuyai sikap tolenrasi yang rendah tetapi permusuhan
yang tinggi dan mudah terangsang dgn perkara yang remeh temeh.

2. KENAPA MARAH???
-semua org mempunyai 'pemetik suis" sendiri, jika suis ini diusik,maka individu ini akan
marah.Oleh sebab itu,perlulah diketahui punca kemarahan seperti stres, tekanan, susana
bising dan sebagainya

3. MAMPUKAH ANDA MENGAWAL KEMARAHAN???
-Apabila tidak dapat meluahkan kemarahan, individu akan mencari sasaran lain untuk
dilepaskan, cuba elakan keadaan sebegini kerana ini boleh memudaratkan org lain seperti
mencederakan orang lain atau merosakan harta benda.

Marah Boleh Dirawat????Jom Kita tgk

  1. Apakah kesakitan masa lampau yang menyebabkan kemarahan?? Mengikut teori, kita lihat sejarah si pemarah, adakah disebabkan wujud pilih kasih.
  2. Jika berasa hendak marah, luahkannya dalam keadaan terkawal.
  3. Kurangkan ledakan kemarahan. Jika marah setiap hari cuba kawal sehingga dua atau tiga kali Seminggu dan berusaha mengurangkanya
  4. Kenal pasti sasaran atau penyebab kemarahan
  5. Insaf dengan kesan negatif akibat kemarahan

Khamis, 21 Jun 2007

ANAK bApAK LAH KATAKAN

wahhhh...bestnya tido.....boleh ke tompang sekaki........dalam kain pun boleh jadi

Jumaat, 1 Jun 2007

KisAh aNak bUaH OShiN





Inilah anak buah oshin masa baru lahir...dia masuk ICU sbb lemas...doktor syaki ada jantung berlubang...sian dia masa tu tp alhamdullilah skrg dah ok...
Nama anak buah OsHiN ni Mohamad Nafisz Hakim........mmmm...maksudnya "yang terpuji lagi lagi melaksanakan"....mmmmmmmmmmmmm....dgr maksud pun gerun....memang pun dia skrg mmg "melaksanakan" tugasnya dengan jayanya....hehe...paham le maksud kome ni ye....
klu tgk anak buah oshin ni mmg tak pecaya dia penah masuk ICU.......mmmmmmmm......lasaknya mmmmmmmmmm.........................tak terkata......habislah dia kemas semua yang ade...al maklumlah bebudak...bio kan aje le yek.,...